SYARAT-SYARAT TEMPAHAN DAN BAYARAN


(1) PENGESAHAN TEMPAHAN

Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum tarikh program yang hendak dijalankan. Surat Tempahan mesti diserahkan ke pejabat jika ingin membuat tempahan.


(2) TEMPOH MASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN BAGI SATU (1) HARI


Tempoh masa untuk menggunakan semua kemudahan adalah 24 jam (1 hari). Contoh: check-in 10.00 pagi, check-out 10.00 pagi keesokan hari (1 hari). Jika tempoh yang diperlukan lebih daripada yang telah ditetapkan, tambahan bayaran hari akan dikenakan.

Bagi pakej  Seminar Korporat/Kerajaan/Swasta A & B (pangsapuri & asrama) tiada caj dewan kuliah sekiranya peserta kurang daripada 50 orang. Tetapi pakej yg lain yang melibatkan dewan tetap ada. Tiada caj perkhidmatan sebanyak 5% untuk pakej Seminar Korporat/Kerajaan/Swasta A & B. Tetapi pakej lain tetap ada.

Penggunaan dewan kuliah selepas pukul 10.00 malam akan dikenakan bayaran RM50.00 bagi setiap jam.


(3) DEPOSIT (50%)



Pengesahan tempahan berkuatkuasa hanya selepas bayaran deposit dijelaskan. Wang pendahuluan yang diperlukan ialah sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan kecuali bayaran melalui Local Order (L.O) Deposit mesti dijelaskan dua minggu sebelum program. Bayaran penuh akan dikenakan jika gagal menjelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


(4) PEMBAYARAN

Semua bil/invois hendaklah dijelaskan pada hari akhir program iaitu sebelum check-out/meninggalkan pusat latihan.

Bayaran perlu berbentuk tunai atau cek. Bagi agensi kerajaan yang menggunakan pesanan tempahan (L.O), pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menyerahkan L.O. kepada wakil syarikat pada hari pertama kursus bermula dan akan dipulangkan pada hari akhir program bagi proses pembayaran.

Semua sebutharga yang tersebut diatas tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa dan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan.

Semua pembayaran hendaklah di buat diatas nama WAJA URUS SDN BHD, no. akaun CIMB 1222-0005540-057.


(5) PEMBATALAN/PENANGGUHAN TEMPAHAN


Sebarang pembatalan/penangguhan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program dan syarikat akan memulangkan wang pendahuluan. Jika dilakukan dalan masa 7 hari, wang tidak akan dikembalikan.


(6) TANGGUNGJAWAB

Pelanggan mesti mendapatkan khidmat jurulatih bertauliah semasa menjalankan aktiviti luaran dan bertanggungjawab mengambil P.A. insurance terhadap semua peserta sebelum menjalankan program di pusat latihan untuk menjaga kepentingan mereka.

Peserta perlu membawa sendiri keperluan mandi seperti tuala, ubat dan berus gigi dan yang bersangkutan dengannya.

Bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan diri dan barang-barang milik pusat latihan.

Membuat apa juga penjimatan seperti penggunaan elektrik dan air.

Menghormati hak keselesaan kumpulan lain yang akan menjalankan kursus/seminar pada masa yang sama.

Dilarang membawa atau memiliki senjata-senjata tajam yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Sebarang kerosakan yang disengajakan oleh peserta kursus akan dituntut ganti-rugi.

Menepati waktu makan yang telah ditetapkan.