Latarbelakang Syarikat

WARISAN SEMBILANG TRAINING CENTRE (WSTC) diuruskan sepenuhnya oleh Waja Urus Sdn Bhd. Dahulunya dikenali sebagai KEM BINA INSAN, SG. SEMBILANG (KBISS) dan telah ditubuhkan pada tahun 1987 bertempat di persisiran Pantai Remis, Batu 17 1/2  Sg. Sembilang, Jeram, Selangor. Keluasan kawasan WSTC adalah sekitar 20 ekar.

Pada tahun 1999, WSTC telah membuat pengubahsuaian dan meningkatkan kemudahan
yang sedia ada dengan mendirikan 12 unit pangsapuri dan tambahan dewan kuliah yang berhawa dingin bagi meningkatkan kemudahan sedia ada. Dengan kenaikan taraf,  kami telah menukar nama yang Iebih bersesuaian kepada Warisan Sembilang Training Centre Sdn Bhd (WSTC) yang diuruskan oleh Waja Urus Sdn Bhd.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi,
WSTC telah diberi kepercayaan oleh banyak agensi-agensi kerajaan, korporat dan swasta dalam menganjurkan seminar, hari keluarga, annual dinner, aktiviti-aktiviti outdoor dan sebagainya. Selain itu, banyak sekolah-sekolah serta IPTA/IPTS turut mengadakan perkhemahan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti di WSTC.