Soalan Lazim

1.Soalan:Bagaimanakah saya ingin membuat tempahan secara online?
 Jawapan:Anda boleh pergi ke menu Senarai Pakej di dalam laman web ini dan memilih pakej-pakej yang bersesuaian dengan keperluan anda. Anda boleh membuat tempahan online dengan klik pada 'add to cart' bagi setiap tempahan. Setelah itu, anda perlu mengisi bilangan tempahan dan mengisi butiran diri anda. Pihak kami akan menghubungi anda bagi mengesahkan tempahan anda.
    
2.Soalan:Bagaimana saya hendak membuat bayaran deposit 50% untuk tempahan?
 Jawapan:Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara:
i.  Bank-in ke no. akaun CIMB:
1222-0005540-057
ii.  Cek atas nama: Waja Urus Sdn Bhd
iii. Di kaunter pembayaran WSTC di Lot 3589, Jalan Maharajalela, Pantai Remis, Batu 17 1/2, Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor.
    
3.Soalan:Adakah harga pakej di laman web ini adalah tetap?
 Jawapan:Semua harga yang dinyatakan di dalam laman web ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.  Sila hubungi kami untuk pengesahan harga sebelum membuat tempahan.
    
4.Soalan:Adakah saya boleh menuntut deposit 50% saya sekiranya saya ingin membatalkan tempahan?
 Jawapan:Boleh dengan syarat pembatalan tempahan mestilah tidak kurang dari dua (2) minggu dari tarikh masuk. Jika kurang, wang deposit tidak akan dikembalikan.
    
5.Soalan:Adakah pihak WSTC menyediakan keperluan mandi seperti tuala, ubat dan berus gigi, selimut dan yang berkaitan?
 Jawapan:Tidak. Anda perlu membawa keperluan mandi anda sendiri.